Wednesday 9 July 2014

PERANCANGAN STRATEGIK SARANA SEKOLAH

OBJEKTIF KURSUS
1. MERANGKA PELAN STRATEGIK JANGKA PANJANG
2. MERANGKA PELAN TINDAKAN/TAKTIKAL/PELAN OPERASI
3. PELAPORAN

SARANA SEKOLAH
Alat yang digunakan oleh sekolah untuk meningkatkan kerjasama antara sekolah, ibu bapa dan komuniti bagi menggalakkan ibu bapa dan komuniti lebih terlibat dalam pembelajaran murid,

IKLIM SEKOLAH
1. Cadangan/pendapat pelanggan diambil tindakan yang sewajarnya.
2. Papan tanda mengalu-alukan kehadiran ibu bapa dan ahli komuniti disediakan.
3. Layanan yang baik diberikan oleh pihak sekolah.
4. Tanda arah lokasi yang jelas disediakan di kawasan sekolah.
5. Ruang perjumpaan disediakan.

KOMUNIKASI BERKESAN
1.  Pelanggan mematuhi peraturan keselamatan yang disediakan.
2. Pelanggan dimaklumkan mengenai peraturan sekolah
3. Mendapat maklumat mengenai kegiatan sekolah
4. Mendapat maklumat kegiatan sekolah melalui laman sesawang sekolah/ buletin/surat siaran/laman sosial internet.
5. Dihubungi oleh pihak sekolah sekiranya tidak hadir perjumpaan/kegiatan.

SOKONGAN TERHADAP KEJAYAAN MURID
1. Murid dibimbing cara belajar yang berkesan.
2. Sekolah mengadakan pertemuan dengan ibu bapa/penjaga untuk membincangkan kemajuan murid.
3. Kejayaan murid dilaporkan sebagai agenda tetap dalam Mesyuarat PIBG dll.
4. Menggalakkan ibu bapa menandatangani buku latihan.
5. Mengetahui bagaimana kemajuan murid dinilai.

TANGGUNGJAWAB BERSAMA
1. Sekolah, ibu bapa dan komuniti bekerjasama dalam memperkembang intelek, rohani, emosi dan jasmani.
2. Terlibat sama melaksanakan program kecemerlangan akademik murid.
3. Terlibat sama melaksanakan program sahsiah murid.
4. Terlibat sama melatih murid dalam kokurikulum permainan.
5. Terlibat sama mengiringi murid ke pertandingan/ kegiatan luar sekolah.

KEPUTUSAN BERSAMA
1. Menyediakan peti cadangan.
2. Sekolah mengkaji maklum balas untuk mengambil tindakan sewajarnya.
3. Melibatkan ibu bapa/ komuniti merancang program akademik dan bukan akademik.
4. Bekerjasama dengan PIBG/LPS/Komuniti meningkatkan peratus kedatangan murid.
5. Bekerjasama dengan PIBG/LPS/Komuniti mengurangkan kes disiplin murid.

KERJASAMA DENGAN KOMUNITI
1. PIBG/LPS yang aktif membantu kemajuan sekolah.
2. Alumni yang aktif membantu kemajuan sekolah.
3. Mempunyai program khas untuk penglibatan komuniti.
4. Sekolah mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan oleh ahli komuniti (gotong-royong, kerja amal)
5. Sekolah menggalakkan ahli komuniti menggunakan kemudahan prasarana sekolah.

No comments:

Post a Comment