Monday, 21 October 2013

SARANA IBU BAPA PENUBUHAN KISB


MAJLIS PELANCARAN SARANA SEKOLAH 
DAN IBU BAPA
Tarikh      : 21 Jun 2013
Tempat    : Dewan Terbuka SK Pogoh
Perasmi   : Lamat bin Abu (PIS) Yang Dipertua PIBG SK Pogoh.



DEFINISI:
Kumpulan Sokongan Ibu Bapa  (KISB) ialah saluran kerjasama dan komunikasi untuk merapatkan hubungan antara ibu, bapa, murid dan sekolah. Melalui KISB lebih banyak interaksi, perkongsian dan percambahan ilmu dapat beraku demi mewujudkan hubungan yang bermakna antara anda dan anak anda

DEFINISI SARANA:
Segala sesuatu yang dapat digunakan sebagai alat untuk mencapai atau melaksanakan sesuatu.

DEFINISI IBUBAPA:
Sesiapa sahaja yang bertanggungjawab terhadap kebajikan anak dan terlibat pula secara aktif dengan pendidikannya.

DEFINISI SARANA IBUBAPA:
Sesuatu alat untuk digunakan oleh ibubapa bagi membangunkan, memantap dan memperkasa penglibatan ibubapa dalam pembelajaran anak-anak.

DEFINISI SARANA SEKOLAH:
Alat yang digunakan oleh sekolah untuk meningkatkan kerjasama antara sekolah, ibubapa dan komuniti bagi tujuan menggalakkan  penglibatan ibubapa dan komuniti secara aktif dalam pembelajarana murid.

OBJEKTIF:
i.Mewujudkan rangkaian dan jainan antara ibu bapa untuk  
ii.saling belajar dan berkongsi amalan terbaik bagi membantu         
    pembelajaran anak.
ii.Mewujudkan sokongan berterusan
iii.Membantu apabila berlaku krisis
iv.Mengukuhkan tingkah aku positif dalam menghadapi masalah
v.Membantu dalam menyalurkan perasaan marah ke arah tindakan positif
vi.Berkongsi maklumat, pandangan dan sumber
vii.Menyediakan latihan untuk ibu bapa bagi meningkatkan kemahiran
viii.Membantu dalam berurusan dengan agensi pendidikan, perubatan dan lain-lain.
ix.Mendapat sahabat baharu
x.Meningkatkan keberkesanan sekolah dengan memberi maklum balas yang membina

BAGAIMANA?
i.Membangkitkan kesedaran melalui soal selidik atau secara muhasabah.
ii.Membuka peluang berkongsi pengalaman melalui Kumpulan Sopkongan Ibubapa (KSIB)

HASRAT DAN IMPIAN BERSAMA:
i.Penglibatan ibubapa dalam pembelajaran anak-anak samada di dalam dan di luar sekolah akan
  meningkat.
ii.Kehadiran ibubapa dalam semua aktiviti sekolah akan meningkat.
iii.Komuniti dan alumni serta pihak swasta juga menjadi akrab dengan pihak sekolah.

PENGLIBATAN IBUBAPA:
1.Hari pendaftaran tahun 1
2.Hari penetapan target
3.Hari terbuka
4.Mesyuarat agung tahunan pibg
5.Hari sukan
6.Hari kecemerlangan
   
MENGAPA ?
i.Membantu ibubapa bermasalah pengurusan tingkahlaku anak-anak.
ii.Memberi ruang kepada ibubapa meluangkan masa meluahkan masalah mengenai anak-anak.
iii.Membantu ibubapa yang menghadapi krisis  dan cara mengatasinya.
iv.Memerlukan ibubapa yang mempunyai kepakaran tertentu yang boleh dikongsi bersama ibubapa 
    dan pihak sekolah.

ELEMEN MENYOKONG PEMBELAJARAN:
Terdapat 6 elemen yang membantu menyokong pembelajaran murid secara holistik untuk mencapai 
kecemerlangan.

SOALSELIDIK:
i.Suatu alat untuk menentukan kesedaran ibubapa mengenai kekurangan pihak sekolah yang perlu
diatasi.
ii.Cadangan dan aktiviti ibubapa dan komuniti sebagai amalan terbaik menyokong pembelajaran
murid di sekolah.

KESIMPULAN:
i.Penglibatan ibubapa dan komuniti semakin meningkat dan aktif.
ii.Kefahaman ibubapa terhadap perkembangan pembelajaran di sekolah semakin meningkat.
iii.Kefahaman ibubapa terhadap cara bantu peningkatan kecemerlangan murid akan meningkat.

Sukarelawan KSIB
Ibu bapa yang berkeinginan untuk menyumbang dan bergiat dalam bidang:-
i.Silaturrahim sesama ahli PIBG  seperti menziarahi ahli yang sakit, ditimpa musibah,
 menghadapi krisis dll.
ii.Komunikasi seperti mengunjungi ibu bapa  bagi merungkaikan masalah anak dsb.
iii.Dana dan kemahiran seperti mencari dana dan kemahiran untuk aktiviti KSIB.
iv.Mewujudkan jaringan dan rangkaian bagi merapatkan PIBG dengan pihak lain dari segi
  sokongan.
v.Perundangan untuk membantu dari segi undang-undang sekiranya berlaku kes.
vi.Kesihatan seperti khidmat nasihat, amalan kesihatan di sekolah, khidmat bantu berkaitan.
vii.Keibubapaan seperti kemahiran keibubapaan.

       Ahli sukarelawan  KSIB akan bertemu, berkongsi fikiran, pengalaman dan kepakaran dalam bidang masing-masing.

JAWATANKUASA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA

Ex-officio(Guru Besar)  :  Pn. Nohrizan Binti Jantan

Yang Dipertua  :  En. Lamat Bin Abu (P.I.S)

Naib Yang Dipertua  :  En. Azmi Bin Ali

Setiausaha Kehormat  :  Pn. Halizan Binti Abu Samah

Bendahari Kehormat  :  Pn. Zalila Binti Kasman

Ketua Biro KISB  :  Pn. Kartini Bt Adnan


Ahli Jawatankuasa  :  Pn. Latifah Bt Razali

                                      Pn. Siti Aida Bt Abd Samad 
                                      Pn. Suhaili bt. Yusof 
                                      En. Nor Saleh b. Abd. Rahman

                                      En. Saleh B Mohd Rosdi

                                      En. Abu Bakar B Samad  
                                      En. Mohd Zamri B Jamal


Sukarelawan KISB  :  Pn. Wirda  Muliasni Bt Hasan

                                     Pn. Rohaisah Bt Esa

                                     En. Azman B Ahmad

                                     En. Noorzaidi B Mohamad

                                     En. Mohamad B. Abd Aziz

                                     En. Mohd Nohrulnizam B Mohd Noh

 

Rakan KISB  :  Pn. Rosimah Bt Yahya

                         Pn. Hindon Bt Talib

                         Pn. Rosliza Bt Yahya

                         En. Rahim B. Mustafa

                         En. Abu B Yahya






















No comments:

Post a Comment